Katalog Baja: Sri Bunga

 Baja Organik: Sri Bunga


SRI Bunga merupakan baja organik 100% diperbuat daripada bahan-bahan organik yang mengandungi jutaan mikrob bermanfaat (EM).






Kelebihan:
• 100% organik, diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi
• Pilihan utama untuk pertanian lestari.
• Selamat digunakan ketika pengendalian, terutama ketika beraktiviti bersama anak-anak.
• Tak memerlukan sarung tangan atau mask ketika pengendalian.
• Tak perlu beli banyak kali, botol kecil 250 ml boleh digunakan sebanyak 50 kali semburan untuk kadar 1 liter campuran air.
• Jimat & boleh digunakan sekurang-kurangnya 1 bulan penggunaan untuk kadar 1 liter campuran air.

TIPS PRODUK:
Bagi penggunaan skala kecil, setiap 1 liter air hujan atau air paip tidak berklorin, campurkan sebanyak 5 ml sahaja.

FUNGSI SRI Bunga:

• MERANGSANG pengeluaran bunga.
• MENGUATKAN putih bunga.
• MENAMBAH seri warna bunga.
• MEMBANYAKKAN bunga.







ATURAN PENGGUNAAN

BUAH-BUAHAN
Jenis : Limau, Jambu, Dukong, Durin, Mangga, Manggis, Rambutan, Nangka, Cempedak & lain-lain.
Sukatan : 200 ml / 20 liter air.
Cara Penggunaan : Sembur pada anak pokok sehingga pokok matang 2 minggu sekali.

SAYURAN BERBUAH
Jenis : Timun, Kacang Panjang, Kacang Buncis, Cili, Terung, Jagung, Tomato, Labu & lain-lain.
Sukatan : 150 ml / 20 liter air.
Cara Penggunaan : Sembur pada anak pokok sehingga matang sekali atau 2 kali seminggu. Ulang langkah ini apabila hasil mula dituai.

TANAMAN LADANG
Jenis : Padi, Ubi, Kayu, Keledek, Koko, Kopi, Getah, Kelapa Sawit & lain-lain.
Sukatan : 150 ml / 20 liter air.
Cara Penggunaan : Sembur pada anak pokok sehingga matang 2 minggu sekali.

BUNGA
Jenis : Orkid, Ros, Bunga Kertas, Kekwa & lain-lain.
Sukatan : 150 ml / 20 liter air.
Cara Penggunaan : Sembur pada anak pokok seminggu sekali untuk menghijaukan daun.




Siapa yang pokok bunga dia susah nak berbunga bolehla cuba Sri Bunga ni. Yang ada masalah pokok buah susah nak berbuah pun kena guna jugak sebab sebelum pokok tu nak berbuah dia kena berbunga dulu. Kadang-kadang pokok tu tak berbuah sebab pokok tu tak sampai ke tahap berbunga lagi...

Cuba dulu sebotol tengok pokok kita jadi ke tak berbunga dan berbuah...

Comments

Popular Posts