Katalog Baja : XTRA Amino A

Baja Organik : xTra Amino A

XTRA Amino A merupakan baja booster organik 100% diperbuat daripada bahan-bahan organik yang berupaya menguatkan tanaman.




Kelebihan:
• 100% organik, diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi.
• Pilihan utama untuk pertanian lestari.
• Selamat digunakan ketika pengendalian, terutama ketika beraktiviti bersama anak-anak.
• Tak memerlukan sarung tangan atau mask ketika pengendalian.
• Tak perlu beli banyak kali, botol kecil 250 ml boleh digunakan sebanyak 50 kali semburan untuk kadar 1 liter campuran air.
• Jimat & boleh digunakan sekurang-kurangnya 1 bulan penggunaan untuk kadar 1 liter campuran air.

TIPS PRODUK:
• Bagi penggunaan skala kecil, setiap 1 liter air hujan atau air paip tidak berklorin, campurkan sebanyak 5 ml sahaja.
• Boleh digunakan sebagai rendaman cocopeat bersama "Baja Organik Rawatan Tanah - Organic Plant Booster - XTRA Booster" supaya cocopeat lebih bernutrisi lagi meningkatkan penyerapan nutrisi melalui akar yang sihat.

FUNGSI Xtra Amino
• MENGHIJAUKAN daun.
• MENINGKATKAN kadar nutrisi dalam tanah.
• MENGUATKAN tanaman.
• MENGURANGKAN risiko keguguran bunga.
• MENAMBAH lagi seri warna bunga.


ATURAN PENGGUNAAN
BUAH-BUAHAN

Jenis : Limau, Jambu, Dukong, Durin, Mangga, Manggis, Rambutan, Nangka, Cempedak & lain-lain.
Sukatan : 200 ml / 20 liter air
Cara Penggunaan : Sembur pada anak pokok sehingga pokok matang 2 minggu sekali.

SAYURAN BERBUAH
Jenis : Timun, Kacang Panjang, Kacang Buncis, Cili, Terung, Jagung, Tomato, Labu & lain-lain.
Sukatan : 150 ml / 20 liter air.
Cara Penggunaan : Sembur pada anak pokok sehingga matang sekali atau 2 kali seminggu. Ulang langkah ini apabila hasil mula dituai.

TANAMAN LADANG
Jenis : Padi, Ubi, Kayu, Keledek, Koko, Kopi, Getah, Kelapa Sawit & lain-lain.
Sukatan : 150 ml / 20 liter air.
Cara Penggunaan : Sembur pada anak pokok sehingga matang 2 minggu sekali.

BUNGA
Jenis : Orkid, Ros, Bunga Kertas, Kekwa & lain-lain.
Sukatan : 150 ml / 20 liter air.
Cara Penggunaan : Sembur pada anak pokok seminggu sekali untuk menghijaukan daun.

Comments

Popular Posts