Katalog Baja : XTRA Booster

Perawat Tanah Organik : xTra Booster 


XTRA Booster merupakan baja booster organik 100% diperbuat daripada bahan-bahan organik yang berupaya memperbaiki mutu tanah. Tak perlu tukar tanah selalu.




Kelebihan:
• 100% organik, diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi.
• Pilihan utama untuk pertanian lestari.
• Selamat digunakan ketika pengendalian, terutama ketika beraktiviti bersama anak-anak.
• Tak memerlukan sarung tangan atau mask ketika pengendalian.
• Tak perlu beli banyak kali, botol kecil 250 ml boleh digunakan sebanyak 50 kali semburan untuk kadar 1 liter campuran air.
• Jimat & boleh digunakan sekurang-kurangnya 1 bulan penggunaan untuk kadar 1 liter campuran air.

TIPS PRODUK:
• Bagi penggunaan skala kecil, setiap 1 liter air hujan atau air paip tidak berklorin, campurkan sebanyak 5 ml sahaja.
• Boleh digunakan sebagai rendaman cocopeat bersama "Baja Organik Booster Antibody - XTRA Amino A" supaya cocopeat lebih bernutrisi lagi meningkatkan penyerapan nutrisi melalui akar yang sihat.

FUNGSI XTRA Booster:
• MENYUBURKAN tanah
• MENINGKATKAN pH tanah
• MELEMBUTKAN tanah


ATURAN PENGGUNAAN

BUAH-BUAHAN

Jenis : Limau, Jambu, Dukong, Durin, Mangga, Manggis, Rambutan, Nangka, Cempedak & lain-lain.
Sukatan : 200 ml / 20 liter air
Cara Penggunaan : Sembur pada tanah sehingga pokok matang 2 minggu sekali.

SAYURAN BERBUAH
Jenis : Timun, Kacang Panjang, Kacang Buncis, Cili, Terung, Jagung, Tomato, Labu & lain-lain.
Sukatan : 150 ml / 20 liter air.
Cara Penggunaan : Sembur pada tanah sehingga matang sekali atau 2 kali seminggu. Ulang langkah ini apabila hasil mula dituai.

TANAMAN LADANG
Jenis : Padi, Ubi, Kayu, Keledek, Koko, Kopi, Getah, Kelapa Sawit & lain-lain.
Sukatan : 150 ml / 20 liter air.
Cara Penggunaan : Sembur pada tanah sehingga matang 2 minggu sekali.

BUNGA
Jenis : Orkid, Ros, Bunga Kertas, Kekwa & lain-lain.
Sukatan : 150 ml / 20 liter air.
Cara Penggunaan : Sembur pada tanah seminggu sekali untuk menghijaukan daun.

Comments

Popular Posts